Memetik satu artikel dari halaman berita atas talian The Verge, Microsoft dilaporkan sedang membangunkan sistem operasi terbaru mereka Windows 9. Dikhabarkan sistem operasi ini akan dilancarkan pada April 2015 dan Microsoft sedang merancang untuk mendedahkan serba sedikit sistem operasi ini pada persidangan Build 2014 Developer Conference yang akan datang.
Microsoft dikatakan akan cuba menggunakan penjenaaman semula ini sebagai cara untuk mengurangkan kritikan yang hebat kepada sistem operasi mereka yang gagal mendapat perhatian ramai baru-baru ini iaitu Windows 8. Walaupun masih tidak jelas apa yang mungkin Microsoft akan tawarkan pada sistem operasi yang baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan yang sistem operasi Windows 9 ini akan datang dengan applikasi Metro 2.0 yang lebih baik yang mana penambahbaikan akan difokuskan pada app world dan tiles.
Terdapat juga perancangan untuk memisahkan aplikasi Windows 9 dan membolehkan ianya berfungsi dalam tetingkap yang berasingan di desktop tradisional. Terdapat juga khabar angin yang lain mengatakan Windows 9 kali ini akan dilengkapi butang Start yang asal seperti yang ada pada sistem operasi sebelum Windows 8. Pembangun perisian kini dalam peringkat perancangan akhir bagi Windows 9, dan kerja-kerja dijangka bermula selepas persidangan Build 2014 Developer Conference pada bulan April ini.
Sementara itu laman web zdnet.com pula cuba menggambarkan rekaan konsep paparan muka yang mungkin ada pada Windows 9. Teruskan melihat di bawah.
# Pict Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis
No comments:
Post a Comment