Harapan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pereka fesyen Hatta Dolmat untuk mencantikkan hos bagi Anugerah MeleTOP Era, Neelofa seakan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada dia serta labelnya.
Hal ini berlaku disebabkan kekeliruan yang berlaku serta tindakan umum yang tidak memikirkan implikasi daripada perbuatan ini.
Pakaian yang dipakai Neelofa pada malam penganjuran Anugerah MeleTOP Era, Sabtu lalu telah menjadi bahan jenaka di laman sosial dan impaknya perlu ditanya sendiri kepada Hatta selaku pereka pakaian tersebut.
“Kekesalan timbul di hati saya setelah bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan akhirnya saya terpaksa menerima benda yang bukan berpunca daripada saya.
“Cukup sahaja sekali saya cakap disini bahawa baju yang dipakai oleh Neelofa adalah dua helai dress yang berona neon berbalas hitam serta ombre dress.
“Cuma itu sahaja saya minta kepada semua untuk tidak melibatkan nama saya dengan mana-mana busana lain yang disarungkan Neelofa pada malam tersebut,” jelas pereka ini yang terpanggil menghubungi Murai bagi menjelaskan apa yang terjadi selepas hal baju hos Anugerah MeleTOP menjadi sensasi.
Dalam pada itu dia turut menyatakan kekesalannya kepada umum yang terus menghukum dan membuat andaian sekaligus memberikan persepsi yang mengakibatkan reputasi Hatta Dolmat tercalar kerana dianggap tidak sensitif.
“Kalau tiada sebab yang kukuh atau perlu, saya tidak akan tampil dan menggunakan saluran media untuk menjelaskan hal ini. Tetapi perkara ini dilihat semakin menjadi kusut jadi saya mahu jelaskan semuanya sebelum bermacam lagi tohmahan dibuat.
“Mungkin pada mereka diluar sana memikirkan hal ini sekadar kekeliruan kecil tetapi implikasinya kepada nama dan label saya amat besar. Umum dan masyarakat memberikan komen seolah-olah saya tidak sensitif hingga tergamak mereka jumpsuit itu untuk Neelofa.
“Tambah lagi sebuah surat khabar turut salah memberikan info kepada ratusan ribu pembacanya di seluruh Malaysia dan Hatta Dolmat yang dikatakan mereka pakaian yang seksi untuk hos itu.
“Sebab itu perlu bagi saya untuk tampil dan jelaskan perkara ini dan tidak mahu lagi memberikan komen ataupun kenyataan mengenainya kerana ia bukan ada kena mengena dengan saya.
“Kepada pihak yang tertentu boleh melakukan sesuatu bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku agar ia menjadi peringatan kepada semua,” tambahnya lagi ketika mengakhiri perbualan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment