Powered By Blogger

Sunday, January 19, 2014

WAJIB BACA : Legasi Apple Inc , iWatch, iPhone 6 dan Masa depan Apple


Tahun 2013 sudah berlalu rasanya semua peminat tegar Apple berpuas hati dengan inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh jutrutera Apple. Bermula dengan platform iOS 7 sehingga kepada penjualan Mac Pro yang mengalami perubahan ketara pada rekaan dan spesifikasi sudah cukup membuatkan kita terpegun dengan hasil yang diilhamkan oleh syarikat Apple ini. 

Tahun 2014 merupakan tahun yang dinantikan oleh semua editor dan pengguna kerana dikatakan pelbagai inovasi akan diumumkan pada tahun ini. Bermula dengan produk terbaru iaitu jam tangan pintar atau lebih dikenali sebagai "iwatch" Apple dikatakan akan melancarkan produk terbaru itu sekitar bulan september atau oktober nanti. Dengan penyertaan bekas CEO Burberry, Angela Ahrendts sedikit sebanyak akan memberi kita satu gambaran bahawa ia bukanlah jam tangan pintar biasa.

Seperti yang kita ketahui, Apple sudah sinonim dengan tagline "pencetus inovasi" bermula dengan iPod, iPhone dan iPad. Boleh dikatakan hampir semua syarikat gergasi dunia mengambil kesempatan diatas inovasi yang diilhamkan oleh Apple. Tidak hairanlah pada pengenalan produk iPad 2 mendiang Steve Jobs mengumumkan tahun 2011 merupakan tahun "copycat".

Berbalik semula kepada gadget terbaru Apple iaitu iWatch, menurut beberapa laporan Apple bakal memperkenalkan dua variasi khas untuk wanita dan lelaki. Walaubagaimanapun aku berpendapat, Apple mungkin memperkenalkan satu variasi sahaja yang lebih kepada "unisex". Setakat hari ini, tiada lagi keterisan maklumat berkenaan dengan rupa iWatch . Apa pun, kita tidak boleh mempertikaikan lagi hasil rekaan dari pereka terkenal Apple iaitu Jony Ive. Berdasarkan penilitian aku, iWatch mungkin disokong dengan platform iOS 8 yang bakal diperkenalkan kepada umum pada WWDC bulan Jun nanti. iWatch juga mungkin dibina bersama dengan cip M8 atau lebih dikenali sebagai "motion co-processor". Apa pun, kita tunggu maklumat yang tertiris nanti sebelum ia diperkenalkan kepada umum.

Selain iWatch, Apple juga bakal memperkenalkan iPhone 6 kepada umum sekitar bulan september atau oktober nanti. Terdapat khabar angin bahawa iPhone 6 bakal diumumkan dalam masa terdekat. Apa pun adalah agak mustahil jika Apple ingin berbuat demikian kerana iPhone 6 akan hadir bersama iOS 8 yang akan diumumkan sekitar bulan Jun dan ia mengambil masa untuk memastikan platform berkenaan berada dalam keadaan stabil. 

Setelah mendapat kritikan hebat dari editor di seluruh dunia, Apple dikatakan akan memperbesarkan saiz screen mereka dari 4-inch kepada 5.5-inch, walaubagaimanapun Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal ini. Jika dilihat berdasarkan kronologi, iPhone 6 mungkin akan dikuasakan dengan cip pemprosesan A8 bersama cip motion co-processor M8, dan Apple masih mengekalkan sistem biometrik pada home button mereka. Jika Apple masih mahu mengekalkan "prestige" mereka kepada dunia, Apple perlu memastikan bahawa resolusi dan PPI berada pada tahap maksimum. Adakah kali ini Apple akan memperkenalkan Retina versi terbaru? sama-sama kita nantikan nanti.

Selain dari iPhone, baru-baru ini Apple telah dikejutkan dengan pembelian Nest dari Google dengan jumlah pembelian dianggarkan sekitar 10 billion ringgit. Apa yang merisaukan Apple adalah terdapat hampir 200 pekerja Nest adalah bekas jurutera Apple yang bertangungjawap dalam pembinaan iPod, iPhone dan iPad. Seperti yang kita ketahui Nest diterajui oleh bekas jurutera Apple iaitu Tony Fadell yang merupakan bapa kepada pembagunan bagi iPod. Dari rentetan itu, Senior Vice President World Wide Marketing , Phil Schiller tidak berpuas hati diatas pengambil alihan syarikat terbabit.Google memang sinonim dengan pengambilalihan syarikat besar bermula dengan , Waze , Nest dan banyak lagi. Adakah Google ingin mengambil Nest atas kapasiti produk yang dihasilkan atau mahu mendapatkan khidmat bekas jurutera Apple?. 

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi Apple, ini kerana pada tahun ini, kepimpinan Microsoft bakal dirombak dan kehadiran sistem operasi baru seperti Tizen, kebangkiatan gadget terbaru yang dipimpin oleh Hugo Barra, kehadiran Lenovo dalam pembinaan telefon pintar serta kebangkitan Sony selepas jatuh beberapa tahun sebelum ini telah memberi tamparan hebat untuk Apple kembali kepada legasi asal mereka.


SUMBER

No comments:

Post a Comment