Penyanyi, Hafiz Suip akui lagu yang dipersembahkannya dalam
Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) iaitu Bahagiamu Deritaku merupakan lagu yang
dekat dengan pengalaman cintanya yang lalu.
Justeru, ianya memudahkan Hafiz untuk menghayati lagu
ciptaan Ly dan Baiduri itu di AJL28 sekali gus mengangkat lagu itu sebagai
juara dalam pertandingan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam
tadi.
"Pengalaman cinta lalu kebetulan telah membuatkan
saya terlalu dekat dengan lagu ini.
"Saya sengaja gunakan pengalaman cinta lalu ke dalam
lagu ini supaya saya dapat menghayati sepenuhnya lagu ini pada malam
pertandingan.
"Biasaya begitu, untuk menghayati sesebuah lagi lebih
baik jika kita dapat gunakan pengalaman lalu ketika menyanyikannya,"
katanya kepada murai.com.my selepas AJL28, malam tadi.
Selain Juara Lagu 28, Hafiz juga telah turut memenangi
Anugerah Persembahan Terbaik selepas menerima undian SMS paling banyak pada
malam tersebut.
Bercerita mengenai persembahannya malam tadi, menurut
Hafiz disebabkan terlalu menghayati lagu tersebut dia telah mengalirkan air
mata di akhir persembahan.
"Sebenarnya untuk menghayati lagu ini, saya telah pun
mengambil pendekatan bersendirian dan mendiamkan diri sebelum membuat
persembahan. Ramai penyanyi yang pelik juga melihat sikap saya.
"Disebabkan terlalu sedih, saya sendiri telah
mengalirkan air mata dalam persembahan malam ini" luahnya lagi semalam.
Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain
iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh
Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama &
The Penglipurlara (Penglipur Lara).
Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku),
Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter
(Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau
Aku Kaya).
No comments:
Post a Comment