Pengacara, Karl Shafek akui tidak terkejut dengan isu dan kontroversi mengenai gambarnya bersama seekor anjing di tepi pantai yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Malah Karl Shafek menerusi laporan Harian Metro hari ini berkata gambar itu diambil kerana nalurinya yang menyukai haiwan termasuklah anjing.
“Kalau ambil gambar berpeluk atau sentuh saya tahulah ia akan menjadi masalah tapi ini saya hanya bergambar bersebelahan dengan anjingitu saja.
“Kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar. Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing yang comel berkenaan.
“Saya tak terkejut pun bila timbul isu sebab masing-masing ada pendapat dan ada yang anggap ia sebagai isu yang sensitif tapi sebagai Muslim, saya tahu batas-batasnya,” katanya.
Foto tersebut dirakamkan oleh Karl ketika mengunjungi Pantai Padang Padang, Bali Indonesia. Gambar tersebut telah mencetuskan kontroversi bercampur baur dan perdebatan dalam kalangan peminat yang kurang senang dengan tindakan selebriti itu.
# Masing2 mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.... hmmmmm
No comments:
Post a Comment