Powered By Blogger

Tuesday, January 7, 2014

Al Fatihah Buat Allahyarham Kpl Md Halim Md Ali

Allahyarham Kpl 114023 Md Halim Md Ali
Allahyarham Kpl Md Halim Md Ali, anggota Balai Polis Jaya Gading, Kuantan yang terbunuh akibat tembakan penjenayah semasa bertugas tempohari meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. 

Pagi tadi jenazah Allayarham telah disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan dibawa ke Felda Bukit Mendi, Triang, Pahang untuk dikebumikan.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam IPD Kuantan dan IPK Pahang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..



Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang dan ACP Mohd Jasmani Yusof, Ketua Polis Daerah Kuantan.
           


# Marilah kita sedekahkan Al - Fatihah...



SUMBER

No comments:

Post a Comment