Pengumuman Tan Sri Aseh Che Mat (Presiden Perbadanan Putrajaya) bahawa Perbadanan Putrajaya akan membenarkan pembukaan Hard Rock Cafe di bandar pentadbiran negara sangat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya sama ada pusat pentadbiran yang direka berasaskan seni bina Islam akan dicemari dengan pelbagai imej-imej perniagaan arak dan hiburan.
UTUSAN pada 4 Jan 2014 turut melaporkan bahawa Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di Putrajaya selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Tiada siapa menafikan keperluan kelab-kelab berjenama besar seperti Hard Rock Cafe kepada industri pelancongan, namun banyak lagi bandaraya di Malaysia ini boleh dibina bukannya Putrajaya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad membina Putrajaya dengan hasrat mahu menjadikan ia sebuah lambang pentadbiran Islam di rantau ini. Malangnya, dengan pengumuman seperti ini, ia bukan sahaja akan merosakkan imej Putrajaya, malah menggagalkan hasrat menjadikan Putrajaya satu bandar pentadbiran Islam yang dikagumi.
Campur tangan Menteri Wilayah Persekutuan adalah diperlukan agar menghalang ikon-ikon arak dan hiburan keterlaluan seperti ini bertapak di Putrajaya.
Sementara itu sebuah Pages Facebook telah diwujudkan beberapa jam selepas pengumuman tersebut:
![]() |
https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909 |
# Perlu Ke Hard Rock Cafe Dibuka di Putrajaya ????
No comments:
Post a Comment