Jenazah kanak-kanak itu dibawa pulang dan disembahyangkan di surau flat tersebut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai jam 1 petang semalam.
Ibu bapa serta ahli keluarga Allahyarham enggan ditemu bual wartawan kerana terlalu sedih dengan insiden menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.
Dalam kejadian 7.40 pagi kelmarin, kanak-kanak itu, yang tinggal bersendirian, terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 10 ke atas bumbung kereta di kawasan parking.
![]() |
Allahyarham Muhammad Shahrul Harry jatuh terhempas di atas kereta ini. |
Menurut saksi, kejadian hanya disedari selepas beberapa penduduk terdengar bunyi dentuman kuat tubuh mangsa terhempas di balkoni rumah di tingkat lapan sebelum jatuh ke kawasan parkir.
Kanak-kanak itu kemudian ditemui terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Ampang. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Sumber Hospital Ampang mengesahkan hasil bedah siasat, Muhammad Shahrul Harry meninggal dunia kerana mengalami kecederaan dalaman serius.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
# Para Ibu Bapa jangan ambil ringan tentang Keselamatan.. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham adik Muhammad Syahrul Harry.
SUMBER
No comments:
Post a Comment