Filem Balistik yang
dihasilkan oleh Dato Rosyam Nor dibawah produksi beliau iaitu Suhan
Movies ditayangkan bermula 9 Januari 2014 di semua panggung
wayang tanah air. Malahan bukan sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapore juga
akan turut menayangkan filem Balistik.
Dato Rosyam
Nor dalam Melodi 5 Januari 2014 menyatakan bahawa filem BALISTIK akan
menjanjikan yang terbaik. Filem yang bertemakan gangstarism, namun
diselitkan tentang nilai kasih sayang serta pengajaran akan melibatkan barisan
pelakon yang hebat-hebat.
Dato Rosyam
Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Dato' Rahim Razali dan ramai
lagi akan membarisi filem Balistik. Filem terakhir yang dihasilkan oleh Dato
Rosyam Nor ialah Castello. Semestinya Balistik akan menghangatkan
panggung berdekatan kita memandangkan sudah lama Dato Rosyam Nor tidak
menghasilkan filem.
Tambah Dato
Rosyam Nor lagi, filem Balistik ini telah menggunakan banyak
peluru iaitu sebanyak 1000 butir peluru dan lebih kepada aksi tembak-menembak.
Jomm layan
trailer dulu yeop..... Balistik oleh Dato Rosyam Nor
# Mesti ada yang dh tengok kan... cer komen.. cer komen
SUMBER
No comments:
Post a Comment