Powered By Blogger

Monday, January 20, 2014

Brid Mengemaskini Aplikasi Awsome Note Untuk iOS


Awsome Note adalah antara aplikasi yang menarik untuk digunakan menyimpan maklumat sama ada nota tentang idea, diari, travel, shopping, kerja dan banyak lagi. Kini pihak Brid telah mengemaskini aplikasi tersebut dengan paparan yang disesuaikan dengan iOS 7.
Meskipun pada iPhone kita mempunyai aplikasi note namun aplikasi tersebut masih belum selamat kerana tidak mempunyai password. Namun pada Awsome Note anda boleh menetapkan password untuk memastikan segala maklumat anda selamat.
Semua maklumat yang anda simpan juga boleh disimpan di iCloud bagi memudahkan kita mendapatkannya semula sekiranya peranti kita hilang atau mengalami sebarang kerosakan. Kepada yang berminat anda boleh mendapatkan Awsome Note berharga $3.99 di Apple Store.

No comments:

Post a Comment