Kita semua sudah tahu, jika anda merakam video menggunakan mod portrait berbanding mod landskap, anda mungkin lakukannya dengan cara yang salah.
Jika tidak percaya lihat sahaja video-video di Youtube. Masih terdapat banyak lagi video-video dimuat naik dengan kesan kotak hitam di sebelah kiri dan kanan. Percayalah ianya sangat hodoh bak kata tidak sedap mata memandang.
Terima kasih kepada pembangunan aplikasi di Horizon yang peka dengan masalah ini dan membangunkan aplikasi yang membantu menghilangkan kotak-kotak hitam yang menyakitkan mata ini.
Aplikasi berharga $0.99 ini telah mula ditawarkan di App Store sejak selasa minggu lalu membantu pengguna menghilangkan ruang hitam tersebut secara automatik. Video yang dirakam menggunakan aplikasi ini secara automatik dirakam secara mod lanskap tanpa menghiraukan apa gaya sekalipun peranti tersebut di pegang.
Ianya berfungsi begini: Horizon menggunakan fungsi Gyroscope pada peranti iOs anda untuk mendatarkan video yang sedang dirakam Anda boleh memilih tetapan mendatar yang berbeza-beza yang mana secara automatik menukar saiz bingkai rakaman tersebut.
Video yang dirakam dengan mod portrait diubah menjadikan ianya seolah-olah dirakam secara mendatar. Orientasi rakaman boleh ditukar semasa merakam.
Aplikasi ini juga menawarkan pilihan yang berbagai-bagai, termasuk 9 saringan persis Intagram dan tetapan untuk rakaman dengan resolusi berbeza.
No comments:
Post a Comment