Bangunan berbentuk donut ini terletak di tebing Sungai Mutiara, Guangzhou . Ia setinggi
138 meter dan mempunyai 33 buah tingkat. Pada bahagian tengahnya terdapat
sebuah lubang sebesar 50 meter. Ianya
diberia nama Guangzhou Circle dan direka oleh Di Pasquale. Kenapakah bangunan
pejabat ini mempunyai rekaan yang aneh sebegini? Ini adalah kerana ia
diilhamkan oleh wang siling lama China dan apabila bayangnya dilihat pada
permukaan sungai ia kelihatan seperti angka 8. Gabungan dua perkara ini
membutkan pembinanya percaya ia akan membawa keuntungan yang lumayan kepada
syarikat yang menyewa ruang pejabatnya.
No comments:
Post a Comment