Bagi pengguna laman Twitter, kini bukan saja boleh memuat naik status tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti lain dan yang terbaru pengguna Twitter kini boleh menonton televisyen.
Ini selepas Twitter mengumumkan kerjasamanya dengan Stesen Penyiaran Comcast dan Unit NBC Universal yang membolehkan pengguna Twitter boleh menonton rancangan televisyen secara langsung menerusi laman sosial itu.
Dengan hanya menggunakan kekunci ‘Lihat ia’ di Twitter yang mana membolehkan penggunanya boleh menonton secara terus ke program televisyen. Yang mana, perjanjian itu juga diperluaskan kepada syarikat televisyen dan produser video lain.
Secara langsung, ini dapat memberikan pelanggannya perkhidmatan TV Xfinity dengan keupayaan untuk menukar saluran, set perakam video digital atau menonton program secara langsung dengan menerusi tweet sahaja.
No comments:
Post a Comment