Powered By Blogger

Friday, February 14, 2014

WOW : 5 Aplikasi yang “Nakal” di iPhone

Salah satu daya tarikan yang ada pada iPhone adalah kerana banyak aplikasi yang tersedia untuk dipasang secara percuma atau berbayar. Pengguna boleh memuat turun di kedai-kedai pengeluar Apple Store atau melalui laman web rasminya store.apple.com. Pelbagai aplikasi yang disediakan, mempunyai beberapa kategori seperti multimedia, hiburan, pejabat, keselamatan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, yang paling menarik adalah aplikasi yang nakal ini yang mana boleh kita gunakan untuk mengenakan kawan-kawan kita atau hanya untuk hiburan semata-mata.

1. iSurprise


iSurprise adalah aplikasi simulasi yang menyebabkan skrin iPhone menjadi seakan-akan retak. Oleh itu,untuk mengenakan rakan-rakan anda, caranya anda perlu memasang aplikasi ini pada telefon bimbitnya tanpa pengetahuan rakan anda itu. Mainkan aplikasi ini dan tunjukkan kepada kawan anda itu dan lihat bagaimana terkejutnya dia kerana iPhone kegemarannya kelihatan seperti benar-benar retak.

2. Ghost Prank Pro


Ghost Prank Pro merupakan aplikasi kamera yang mempunyai kesan imej hantu di dalamnya. Kesan hantu ini boleh terus ditambah sewaktu aplikasi sedang berjalan. Anda hanya boleh berpura-pura untuk mengambil gambar dan menentukan apabila kesan hantu akan muncul. Hantu dalam aplikasi ini mempunyai pelbagai-bagai dan kita boleh memilih yang mana anda mahukan.

3. iFart


Kita sering menyebut buang angin atau kentut di khalayak ramai adalah pantang larang dalam adat masyarakat kita. Tetapi terlalu kerap peristiwa-peristiwa ini menjadi satu jenaka bagi sesetengah orang. Jika anda ingin mengenakan rakan-rakan anda dengan bunyi kentut, tidak perlu menunggu perut anda memulas, dengan hanya memasang iFart pada iPhone anda sahaja. Dalam aplikasi ini terdapat pelbagai jenis bunyi kentut yang khas.

4. Fake Call


Fake Call adalah satu aplikasi yang boleh membuat panggilan palsu pada iPhone. Anda hanya perlu menetapkan masa panggilan palsu, di samping nama pemanggil palsu dan nombor yang anda boleh tetapkan sendiri. Semasa panggilan, aplikasi itu juga mengambil nada dering yang digunakan pada profil iPhone agar ianya kedengaran seperti panggilan sebenar.

5. iBug


Serangga menjadi fobia bagi sesetengah orang, terutama lipas. Haiwan yang bersembunyi di tempat yang kotor ini adalah menakutkan untuk pesakit fobia. Apa jadi jika lipas dan serangga lain tiba-tiba muncul pada pesakit pobhia di skrin iPhone. Sudah tentu, mereka akan terkejut dan berlari dalam keadaan ketakutan. iBug adalah aplikasi yang boleh melakukan perbuatan nakal tersebut.


SUMBER

Thursday, February 13, 2014

SEJARAH FACEBOOK : 25 Orang Pemilik Pertama Akaun Facebook


Facebook baru saja meraikan ulangtahun yang ke-10. Tapi tahukah anda siapa  orang-orang yang terawal mendaftarkan akaun di Facebook?
Jika anda melihat halaman profil Facebook anda (sekiranya belum diganti dengan nama ID ), Anda akan melihat URL yang di bahagian belakangnya dilengkapi user ID (nombor).
Contohnya: http://www.facebook.com/profile.php?id=5500957
Jadi, ketika pertama kali mendaftar, setiap pengguna akan mendapatkan kod ID. Kod ini dimulai dengan ID #0, yang nantinya akan mengarahkan pemilik akaun ke halaman profil Facebook mereka.
Dan ternyata, tiga akaun pertama dengan nomor ID 1-3 digunakan sebagai akaun percubaan oleh Mark Zuckerberg yang mana kemudiannya dipadamkan. Jadi pengguna pertama Facebook sebenarnya memiliki nombor ID #4, dan orang tersebut adalah Mark Zuckerberg — Pengasas Facebook.
Menurut data dari BuzzFeed, sebahagian besar pengguna pertama Facebook adalah para mahasiswa di Harvard yang merupakan teman-teman Mark Zuckerberg, termasuk teman-teman yang membantunya membangunkan Facebook.
Kini hampir semua mereka ini telahpun berjaya dalam bidang masin-masing, termasuk Zuckerberg sendiri. Walaupun beberapa dari mereka telah meninggalkan syarikat tersebut, tetapi masih ramai juga setia bersama Facebook.
Pengasas bersama Facebook yang lain seperti Chris Hughes dan Dustin Moscovitz, juga termasuk dalam senarai 10 orang pertama yang memiliki akaun Facebook. Hughes adalah jurucakap pertama Facebook. Setelah meninggalkan Facebook, beliau dilaporkan terlibat secara langsung dengan kempen atas talian Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada tahun 2008.
Bagaimana dengan Eduardo Saverin, yang juga pengasas bersama Facebook? Malangnya beliau tidak termasuk dalam daftar 10 anggota pertama Facebook. Untuk melengkapkan senarai, berikut adalah daftar 25 orang yang pertama kali memiliki akaun Facebook menurut BuzzFeed:
1. Mark Zuckerberg
2. Chris Hughes
3. Dustin Moskovitz
4. Arie Hasit
5. Andrew McCollum
6. Colin Kelly
7. Mark Kaganovich
8. Andrei Boros
9. Manuel Antonio Aguilar
10. Zach Bercu
11. Samyr Laine
12. Sarah Goodin
13. Kang-Xing Jin
14. Colin Jackson
15. David Jakus
16. David Hammer
17. Alana V. Davis
18. Ebonie Hazle
19. Eduardo Saverin
20. Joe Green
21. Greg Friedman
22. Hilary Scurlock Cocalis
23. Billy Olson
24. Ada McMahon
25. Amie Broder

SUMBER

FEWIT : Berkepit Dengan Isteri, Cara Fizo Omar Bercinta Selepas Kahwin


Sejak mendirikan rumahtangga, pelakon dan pengacara, Fizo Omar akui akan sentiasa membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja untuk meluangkan masa bersama sebaik mungkin.

Fizo Omar berkata dia tidak kisah jika ada pihak yang kurang semang dengan tindakannya yang sering mengusung bersama isterinya, Mawar ke mana -mana majlis kerana akui mereka sedang melalui fasa percintaan selepas kahwin.

"Mestilah Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Kami kan baru nak merasa bercinta walaupun dah berkahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama.

"Lagi pun saya mahu sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yang bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

"Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yang berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama.

"Dengan cara tu juga agak memudahkan kami, misalnya kalau nak jumpa klien kami boleh pergi bersama-sama," katanya.

Fizo dan isteri ditemui hadir bersama di karpet merah ketika ditemui sewaktu di acara karpet merah Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

Fizo berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.

Sementara itu, berkongsi sedikit mengenai kehidupan mereka kini, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya semakin teratur dengan kehadiran suri dalam hidupnya.

"Syukur Alhamdulillah, semakin bahagia dan hidup pun lebih teratur. Mungkin inilah yan dikata rezeki kahwin, sebab perniagaan Hot Burger saya pun dah berkembang. Begitu jua dengan perniagaan tudung Fareeda yang akan buka lagi tiga cawangan," luahnya lagi.


SUMBER

ISU BAJU NEELOFA : Hatta Dolmat Tampil Bersihkan Namanya


Harapan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pereka fesyen Hatta Dolmat untuk mencantikkan hos bagi Anugerah MeleTOP Era, Neelofa seakan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada dia serta labelnya.

Hal ini berlaku disebabkan kekeliruan yang berlaku serta tindakan umum yang tidak memikirkan implikasi daripada perbuatan ini.

Pakaian yang dipakai Neelofa pada malam penganjuran Anugerah MeleTOP Era, Sabtu lalu telah menjadi bahan jenaka di laman sosial dan impaknya perlu ditanya sendiri kepada Hatta selaku pereka pakaian tersebut.

“Kekesalan timbul di hati saya setelah bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan akhirnya saya terpaksa menerima benda yang bukan berpunca daripada saya.

“Cukup sahaja sekali saya cakap disini bahawa baju yang dipakai oleh Neelofa adalah dua helai dress yang berona neon berbalas hitam serta ombre dress.

“Cuma itu sahaja saya minta kepada semua untuk tidak melibatkan nama saya dengan mana-mana busana lain yang disarungkan Neelofa pada malam tersebut,” jelas pereka ini yang terpanggil menghubungi Murai bagi menjelaskan apa yang terjadi selepas hal baju hos Anugerah MeleTOP menjadi sensasi.

Dalam pada itu dia turut menyatakan kekesalannya kepada umum yang terus menghukum dan membuat andaian sekaligus memberikan persepsi yang mengakibatkan reputasi Hatta Dolmat tercalar kerana dianggap tidak sensitif.

“Kalau tiada sebab yang kukuh atau perlu, saya tidak akan tampil dan menggunakan saluran media untuk menjelaskan hal ini. Tetapi perkara ini dilihat semakin menjadi kusut jadi saya mahu jelaskan semuanya sebelum bermacam lagi tohmahan dibuat.

“Mungkin pada mereka diluar sana memikirkan hal ini sekadar kekeliruan kecil tetapi implikasinya kepada nama dan label saya amat besar. Umum dan masyarakat memberikan komen seolah-olah saya tidak sensitif hingga tergamak mereka jumpsuit itu untuk Neelofa.

“Tambah lagi sebuah surat khabar turut salah memberikan info kepada ratusan ribu pembacanya di seluruh Malaysia dan Hatta Dolmat yang dikatakan mereka pakaian yang seksi untuk hos itu.

“Sebab itu perlu bagi saya untuk tampil dan jelaskan perkara ini dan tidak mahu lagi memberikan komen ataupun kenyataan mengenainya kerana ia bukan ada kena mengena dengan saya.

“Kepada pihak yang tertentu boleh melakukan sesuatu bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku agar ia menjadi peringatan kepada semua,” tambahnya lagi ketika mengakhiri perbualan.


SUMBER

COOL : Isteri Kedua Ashraf Muslim, Muat Naik Foto Mesra Bersama Madu


Setelah dihentam teruk oleh orang ramai mengenai tindakkannya yang memuat naik foto hamil seolah-olah tidak sensitif terhadap hati dan perasaan madunya, isteri kedua pelakon Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah semalam dilihat telah memuat naik pula foto mesranya bersama madu, Dayana.

Bukan sahaja gambar berdua bersama Dayana, Sakinah turut memuat naik foto mereka berdua bersama suami mereka. Gembira dan bahagia sahaja Murai Batu lihat mereka bertiga.

Malah foto itu menggambarkan bahawa mereka bertiga tiada masalah di antara satu sama lain walaupun ramai yang menuduh Sakinah cuba untuk memporak perandakan hubungan dengan isteri pertama.

Seronok Murai Batu tengok rumahtangga mereka dan Murai Batu rasa ianya seperti boleh dicontohi terutama sikap isteri pertamanya yang sangat tenang dan tabah terima seadanya kehendak suaminya.

Foto yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram itu memberitahu mereka menghantar Ashraf yang berangkat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.

Malah dalam laman sosial Facebook akuan Ashraf Muslim juga turut memuat naik gambar mereka bertiga sebelum berangkat ke tanah suci dan meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan rumahtangganya itu.

Apa-apa pun, berharap rumahtangga mereka tidak lagi dilanda kontroversi dan mereka hidup bahagia bersama selamanya.


SUMBER

Wednesday, February 12, 2014

COOL : Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop


Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.

Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.

“Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

“Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

“Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.

Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.

Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.

“Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – mStar Online


SUMBER

SERIUS COMEL : 10 Foto Terkini Kayla Elayna, Puteri Apek & Leuniey

Wah... comelnya puteri sulung Khairul Fhami dan Leuniey ni kan.. Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. Bayi perempuan mereka diberikan nama Kayla Elayna. Jom layan beberapa lagi keping gambar di bawah...













SUMBER

COOL - SEKITAR PEMBUKAAN MCDONALDS PERTAMA DI VIETNAM!

Setelah 39 tahun Saigon jatuh ke tangan tentera Viet Congmenandakan kekalahan Amerika Syarikat , akhirnya sebuah McDonalds akhirnya dibuka Vietnam.

McDonalds pertama di Vietnam ini dibuka sabtu lalu dan ia mendapat sambutan yang sangat hangat dari warga Bandaraya Ho Chi Minhsehingga berlaku kesesakan.

Ribuan warga kelas pertengahan yang kini semakin ramai jumlahnya di Vietnam beratur sejak jam 8 pagi bagi mendapatkan BigMac danMcNuggets di McD yang dibuka di Jalan Bien Dien Phu.

McDonalds ini juga merupakan restoran pandu lalu pertama di Vietnam. Nampaknya warga McD juga dah termakan jarum halus golongan kapitalis! Hanya Korea Utara menjadi benteng terakhir!





SUMBER

WOW : Yana Samsuddin Semakin Mengoda Dengan Hidung Baru ?


Yana Samsuddin adalah artis yang mula menempa nama dalam filem Adnan Sempit satu ketika dahulu, bermula dengan pelakon pembantu, yang juga pernah mengarah filem dan menyanyi kini Yana Samsudin adalah heroin dalam filem-filem tanahair.


Walaupun Yana masih tidak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menjalani pembedahan kosmetik, namun perbezaan wajahnya amat ketara, pada Yana selamat maju jaya yang pasti anda semakin cantik dengan penampilan baru ini .




SUMBER

WOW : Nora Danish " Enjoy " Mandi di Bali !

Setelah penat berkerja dan terlibat sebagai juri Maharajalawak Mega, kini tugas tersebut telah pun berakhir , Nora dan kekasih hati nya Nedim meluangkan masa untuk bercuti di Bali.

Melalui beberapa gambar yang telah di muat naik oleh Nora di laman sosial nya, Nora kelihatan "Enjoy " mandi manda sambil bercuti di Bali.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan di laman sosial milik Nora, mereka bukan sahaja pergi bercuti tetapi juga menghadiri sebuah majlis bagi meraikan kawan mereka yang baru melangsungkan perkahwinan.

Semoga Nora terus happy dengan apa yang di lakukan nya dan di khabarkan juga Nora dan Nedim tengah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan nya, semoga semua nya berjalan lancar untuk Nora dan Nedim... Moh kiter layan gambar Nora...






SUMBER

[ Gempar ] Pelakon seksi Anzalna Nasir nyaris dijual oleh mat salleh !


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan pelakon seksi Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.


SUMBER

Monday, February 10, 2014

WAJIB BACA : SCAM ALERT


Pengiklanan barang menggunakan medium internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan mudah.

Modus operandi:
1. Suspek akan mengiklankan telefon bimbit jenama terkenal harga yang murah di internet.
2. Mangsa diyakinkan bahawa 
3. Mangsa yang berminat akan mudah percaya dan seterusnya membuat pesanan
4. Setelah mendapat bayaran, telefon bimbit tersebut tidak diserahkan kepada mangsa.
5. Suspek menghilangkan diri.

Nasihat polis:

1. Digalakkan berurusan dengan saluran rasmi produk tersebut.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses pembelian.



SUMBER DARI PDRM

WHAT ??? : Rahim Dibuang Dari SEPAHTU ????



Umum mengetahui, rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara manakala Shiro dan Bocey masing-masing menjadi naib johan dan tempat ketiga.

Ketika tumpuan orang ramai beralih kepada kontroversi yang dicetuskan Neelofa semalam, ada satu berita sedih yang pastinya bakal menggamit naluri peminat Sepahtu. Ini kerana, admin difahamkan, salah seorang dari mereka, Rahim secara rasminya bukan lagi ahli kumpulan popular itu sebaik tamat MLM 2013.

Jepp yang dihubungi media semalam memberitahu pengambilan Rahim hanyalah sebagai rakan projek istimewa bagi MLM 2013. Perkara itu sudah diberitahukan kepada Rahim dari awal lagi sebelum MLM 2013 bermula. 

Bagaimanapun, Jepp mengakui cukup selesa dan senang bekerjasama dengan Rahim kerana dia seorang yang amat komited sepanjang projek berkenaan.

Mengenai respon Rahim pula berhubung perkara tersebut, dia memberitahu langsung tidak berkecil hati dengan Sepahtu andai tidak dijemput untuk sebarang aktiviti akan datang malah bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi bersama Jepp dan Shuib.


SUMBER

INFO : Cara Untuk Minum Lebih Banyak Air Setiap Hari


Untuk kesihatan tubuh badan, minum 8 gelas sehari merupakan batasan agar kesimbangan cecair tubuh terjaga. Tidak ramai yang amalkan minum 8 gelas sehari malah ada yang tidak minum air langsung. Bagaimana untuk membuatkan seseorang minum 8 gelas sehari.

(1)   Letak botol air dekat dengan anda

(2)   Selain menjadi peringatan, ini juga akan memudahkan anda untuk minum air.

(3)   Minum segelas penuh air beberapa kali dalam sehari

(4)   Sebelum makan, selepas bangun tidur dan saat akan tidur adalah masa yang baik untuk meminum segelas air.

(5)   Jadikan air putih pengganti pilihan minuman anda

(6)   Anda mungkin lebih gemar minuman manis seperti soda atau minuman ringan lain. Jika keinginan untuk minum minuman kesukaan anda, cuba minum air terlebih dahulu sebelum minum minuman lain.

(7)   Beli air dalam bungkusan yang cukup mahal

(8)   Anda akan berasa bersalah jika tidak menghabiskan air dalam bungkusan yang mahal, ini boleh menjadi motivasi untuk minum lebih banyak. 

(9)   Tambah potongan buah segar atau sayur dalam air

(10)   Lemon atau limau nipis paling sering ditambah pada air, cubalah dengan buah atau sayur lain seperti strawberi, tembikai, anggur ataupun daun mint.


SUMBER

TIPS : Melembutkan Hati Isteri/Teman Wanita Merajuk


Tak susah pun nak pujuk hati isteri/teman wanita anda yang sedang merajuk. Mari cuba 5 tips di bawah

1. Beri masa dan ruang Wanita lebih beremosi berbanding lelaki. Jadi biarkan kemarahannya reda dahulu. Anda perlu bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk bertanya punca kemarahannya. Tapi dalam masa yang sama jangan biarkan dia berasa terabai dan tidak dipedulikan. Jangan terus mendesak dan bertanya akan punca dia merajuk kerana khuatir anda berdua akan bergaduh besar pula selepas itu.

2. Minta maaf dan mengaku salah Daripada membiarkan perkara seperti ini berlarutan, ada baiknya anda rendahkan saja ego dan minta maaf saja kepada si dia. Kalau perkara tersebut terang-terangan berpunca daripada anda, mengaku saja kesalahan anda. Tapi kalau anda sendiri tak tahu kenapa dia berkelakuan begitu, just make it simple , minta maaf saja kepada dia. Mesti dia akan lembut hati selepas itu. Well, sometimes women is complicated isn’t it?

3. Beri hadiah Walaupun nampak remeh, tapi pemberian hadiah kepada si dia yang sedang merajuk memang antara tips yang paling mujarab. Hadiah-hadiah kecil seperti coklat, bunga atau teddy bear pun dah cukup untuk mengubat rajuknya.

4. Hadiahkan Pujian Benda ringkas seperti memberi pujian juga sebenarnya sudah mampu bikin hati wanita yang sedang panas kembali ‘cair’. Malah cara ini juga tidak memerlukan sebarang modal wang ringgit bukan. Misalnya puji baju yang dipakainya hari itu atau keenakkan masakan si dia. Tapi awas,pastikan pujian anda tidak berbaur sinis ya, nanti disalah anggap sebagai sindiran pula.

5. Teknik reverse psychology Kalau semua teknik pun tak ‘jalan’. Cuba anda pula yang merajuk dengan dia. Cuba jangan hubungi dia dan berlakon yang anda juga ‘tersentap’ dengan anda. Kalau dia benar sayangkan anda, mesti dia mengalah dan akan pergi kepada anda.


SUMBER

INFO : 10 Perkara Yang Boleh Memutuskan Hubungan Cinta



Kebenaran yang menyedihkan mengenai kebanyakan hubungan cinta adalah bahawa ia dimulakan dengan kebahagiaan tetapi berakhir dengan kesedihan. Ada 10 sebab yang menyebabkan hubungan cinta anda dan pasangan renggang dan putus di tengah jalan.

1. Kritikan berterusan
Selepas melalui saat romantis dalam beberapa bulan pertama hubungan, ramai pasangan biasanya mula menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka tidak boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain , mula memerlukan ruang mereka sendiri dan tidak suka rakan pasangan masing-masing. Semua ini membawa kepada kritikan berterusan antara satu sama lain , akhirnya membawa kepada perpisahan.

2. Menipu
Satu pembohongan kecil ataupun penipuan yang besar sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghancurkan hubungan anda. Anda mungkin tidak pernah bermaksud untuk menipu pasangan anda, tetapi apabila amanah pasangan anda telah didustai, amat sukar untuk mendapat kepercayaan mereka.

3. Curang
Semua orang menafsirkan perkataan curang dengan cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, flirting dengan rakan-rakan boleh dipanggil curang dan bagi sesetengah orang pula, keluar dengan rakan sekerja untuk minum kopi tanpa memaklumkan kepada pasangan mereka juga boleh dianggap curang. Anda harus memahami sensitiviti pasangan anda dan bertindak sewajarnya.

4. Pengintipan
Untuk apa-apa sebab jika anda mempunyai apa-apa keraguan atau syak wasangka pada pasangan anda, jangan mengintip atau mengekori mereka kemana sahaja mereka pergi. Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda dan selesaikan masalah dengan baik secara langsung. Walaupun realitinya agak pahit, tetapi ianya lebih baik dari memasang mata-mata gelap untuk mengintip pasangan curang.

5. Cemburu yang keterlaluan
Cemburu dan iri hati terhadap pasangan adakalanya baik untuk setiap hubungan . Tetapi ada satu garis halus antara sifat memiliki yang sihat dan yang keterlaluan . Jika anda mendapati diri anda sentiasa menyoal pasangan anda tentang di mana mereka berada , keluar dengan siapa dan soalan lain setiap masa, anda akan melihat bahawa pasangan anda perlahan-lahan akan lebih jauh dari anda.

6. Perbandingan dengan hubungan masa lalu
Ini adalah satu perkara yang anda harus elakkan apabila anda berada dalam hubungan yang baru. Apabila manusia masuk ke dalam fasa hubungan baru , mereka berharap untuk melupakan kepahitan hubungan mereka sebelum ini. Jika anda selalu membandingkan hubungan baru dan lama anda dengan cara yang sinis, ini hanya akan menyakiti pasangan anda dan boleh membuatkan pasangan anda bosan lalu meninggalkan anda.

7. Halangan komunikasi
Perkara yang paling kritikal dalam hubungan adalah komunikasi. Semua aspek termasuklah amanah, rasa hormat dan ruang peribadi bermula dan berakhir dengan komunikasi yang baik. Jika terdapat satu perkara yang mengganggu fikiran anda , adalah lebih baik untuk berkongsi dengan pasangan anda dan bukannya menyimpan perasaan serta membiarkan ia membarah di dalam hati anda . Kebanyakan hubungan sempurna akhirnya gagal kerana kekurangan komunikasi yang baik.

8. Mengambil mudah semua perkara
Apabila bermulanya saat romantis bersama si dia, pasangan sedaya upaya untuk mengingati saat istimewa dan memberikan kejutan buat pasangan. Tetapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar dan ada pasangan yang mengambil mudah perkara yang dianggap remeh untuk memekarkan hubungan.

9. Masuk ke dalam fasa membosankan
Rutin adalah seperti pedang bermata dua. Ia boleh menjadi satu kelebihan kerana ia membawa keselamatan dalam hidup anda dan pasangan. Tetapi, banyak hubungan masuk ke dalam fasa bosan kerana tiada apa yang berbeza dan lain. Lumrah manusia mahukan perbezaan.. contohnya, kalau hari-hari makan ikan, bosan juga kan? Nak juga merasa lauk ayam dan kari. Tambahkan lagi aktiviti bersama yang boleh dilakukan pada hujung minggu. Keluar berbulan madu untuk menyemarakkan lagi hubungan intim bersama pasangan.

10. Rasa tidak puas hati secara fizikal
Apabila hubungan yang dijalinkan lebih dari dua tahun,segala-galanya bermula menjadi bosan jika tidak ada perkara romantik yang dibuat untuk memenangi hati pasangan. Ada pasangan yang tidak menjaga penampilan diri sehingga menyebabkan mereka bosan melihat anda tidak sayangkan badan anda sendiri. Anda perlu berusaha untuk menyayangi pasangan anda luaran dan dalaman. Dia juga manusia, punya perasaan.


SUMBER

INFO : 10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesema, Demam


Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

Anise Seeds
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema


SUMBER

SERIUS : 5 Jenis Orang Yang Perlu Kita Jauhi Di Pejabat


Perlu ingat bahawa kita bekerja bukan setakat sebulan dua tapi kalau kena gayanya, betul caranya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana tempat kerja dan paling penting rakan sekerja yang baik, yang tidak banyak kerenah, barulah kerja berjalan dengan baik. Tapi tidak semuanya baik, masalah rakan sekerja yang punya pelbagai ragam juga boleh menyebabkan kerja kita jadi terbantut. Oleh, itu, kamu perlu ketahui antara jenis orang yang perlu kamu jauhi di pejabat.

(1) Si Busuk Hati
Individu sebegini ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikatakan orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.

(2)  Kaki Kipas
Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.

(3)  Peminjam Duit Tak Ganti
Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunyai masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.

(4)  Pemalas & Kuat Ponteng
Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

(5)  Kaki Gosip
Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!


SUMBER