Powered By Blogger

Monday, January 20, 2014

WTF : Lindsay Lohan Makan Apa Dekat Kedai S*ks




Sejak menginsafkan diri daripada minuman keras dan dadah, macam-macam aktiviti pelik lain yang dicuba gadis liar kesayangan Hollywood, Lindsay Lohan. Kali ini, aktiviti pilihan pelakon Mean Girls dan Freaky Friday ini adalah untuk nikmati juadah di sebuah kedai seks di Soho.


Lain macam sahaja bunyinya. Tetapi jangan fikir bukan-bukan. Biarpun Lindsay terkenal untuk gaya hidup seks bebas beliau, kali ini beliau betul-betul makan malam bersama teman-teman beliau di sana. Sepertimana kedai baju sekarang ada menyediakan kafe, kedai seks di Soho tersebut turut menyediakan restoran yang menghidangkan makanan Mexican.

Restoran tersebut yang dinamakan, La Bodega Negra, menjadi pilihan semakin ramai remaja London, terutamanya kerana hiasan dalaman yang memang merangsangkan.

Pelakon berusia 27 tahun itu dilihat banyak meluangkan masa di kota London kebelakangan ini kerana mendapat tawaran daripada kelab-kelab terhangat di London untuk melakukan promosi.

Tidak mengapalah Lindsay, suka hati anda nak makan dekat mana. Janji tak makan orang.


SUMBER

No comments:

Post a Comment