Tablet Tenko T7 telah memasuki pasaran tempatan pada harga RM149, dengan harga yang murah menjadikannya pilihan tablet berkualiti untuk kanak-kanak pada masa kini.
Dengan tawaran yang hebat ini membolehkan semua golongan dapat memiliki kemudahan canggih kerana tidak semua ibu bapa mampu menyediakan peralatan canggih yang biasanya ditawar pada harga agak membebankan.
Tablet Tenko T7 ini yang mana mempunyai kelebaran tujuh inci itu didatangkan bersama aplikasi seperti kamera dual depan (0.3MP) dan belakang (0.3MP), 4GB flash / 512MB RAM DDRIII dan microSD sehingga 32GB.
Ciri-ciri yang lain juga seperti pemprosesan Cortex A8 1.2GHz dan Android 4.1 Jelly Bean, ini membolehkan pelanggan mengakses mana-mana aplikasi Google Play Store.
Bagi pengguna-pengguna yang baru menggunakan tablet pastinya boleh berpuas hati dengan paparan resolusi skrin iaitu 1024 x 600 menyamai fungsi sensor putaran imej automatik seperti telefon pintar.
Selain itu juga tablet Tenko T7 ini juga mempunyai kelebihan wifi, tablet dengan lima kunci sesentuh itu membolehkan pengguna menonton video atau gambar pada televisyen menerusi sambungan HDMI.
SUMBER
No comments:
Post a Comment