Powered By Blogger

Tuesday, January 21, 2014

PERGHH : Kereta Terbang Slovakia


Pembangunan industri automotif dalam menghasilkan kenderaan yang boleh beroperasi di darat dan udara mencapai satu lagi kejayaan dengan penciptaan sebuah kereta terbang dari Slovakia yang dinamakan Aeromobil 2.5.
Pereka dan jurutera kenderaan ini, Stefan Klein, telah mula membangunkan projek ini sejak 1990-an dan kini berjaya menghasilkan satu produk yang boleh dibanggakan.
Kenderaan yang elegan ini yang mana boleh menempatkan seorang juruterbang dan seorang penumpang hanya sepanjang enam meter. Ini membuatkan kenderaan ini mampu diletakkan dengan kemas di tempat letak kereta atau garaj dan mampu mengisi minyak di stesen minyak tanpa masalah. Untuk sessi penerbangan pula, sebaik sahaja kenderaan ini sampai di lapangan terbang sayapnya terungkap dalam masa beberapa saat untuk menjadi kapal terbang.
Impian Klein untuk ke langit bermula pada bulan September apabila dia memandu kenderaan Aeromobil semasa penerbangan ujian yang pertama. Sebaik sahaja di  udara, Aeromobil boleh mencapai kelajuan tertinggi 200 km / h dan perjalanan sejauh 700km, menggunakan 15 liter petrol per jam. Pengguna perlu mendapatkan lesen memandu dan lesen juruterbang, dengan sekurang-kurangnya 25 jam masa penerbangan.
Klein masih merendah diri apabila meramal untuk masa hadapan. “Saya tidak mengharapkan Aeromobil untuk  pengeluaran besar-besaran, ianya akan sentiasa hanya menjadi satu alternatif pengangkutan,” katanya.
“Lebih-lebih lagi bagi negara-negara dengan kawasan yang luas tetapi kekurangan infrastruktur seperti Rusia, China atau Australia.” Tambah beliau lagi.
Lagi gambar kereta dan video di bawah :




No comments:

Post a Comment