Pengeluar telefon pintar, HTC Corporation (HTC) memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu Desire 601 dual sim pada harga yang sangat menarik.
Bagi pengguna yang aktif menggunakan telefon pintar dan membuat panggilan, ianya amat sesuai memandangkan mempunyai simpanan dua kad sim dalam satu telefon. Fungsi itu nyata menjimatkan tanpa perlu memiliki dua telefon pintar pada satu-satu masa.
Dengan mengekalkan teknologi terbaik rangkaian HTC lain, telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi serta teknologi HTC Zoe dengan Video Highlights serta HTC BoomSound.
HTC Desire 601 ini dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon 400 dengan sokongan pemproses dwi teras 1.4 giga hertz (GHz), Desire 601 memiliki memori dalaman sebesar 8 giga bait (GB) slot microSD dengan RAM 1 GB, kamera utama berkapasiti lima mega piksel yang menggunakan sensor BSI 1/4 apartur F/2.0 serta kanta luas 28 milimeter. Ianya juga mendapat sokongan bateri berkapasiti 2.100mAh dan sambungan Wi-Fi, Bluetooth 4.0 serta GPS.
Melengkapi teknologi lainnya, HTC Desire 601 ini juga memberi pengalaman bergambar yang menyeronokkan serta kepuasan berganda, kameranya turut dilengkapi dengan HTC ImageChip yang berfungsi untuk memproses pengolahan gambar dengan lebih baik.
Telah pun berada di pasaran sejak Disember lalu, Desire 601 dijual pada harga RM 1,099 kini boleh didapati di pusat pengedar berdaftar seluruh negara.
No comments:
Post a Comment