Sebuah telefon pintar kalis intipan dinamakan Blackphone dilaporkan sedang dibangunkan dengan mengutamakan privasi dan melindungi data-data peribadi pengguna. Telefon pintar ini dikatakan berkemampuan menangkis sebarang cubaan intipan walaupun dari NSA.
Blackphone dibangunkan secara kerjasama dua hala diantara syarikat Silent Circle dan Geeksphone yang beroperasi dari Switzerland. Bagi memantapkan lagi tahap keselamatan telefon pintar ini, projek ini juga disokong oleh beberapa tokoh penting dalam bidang keselamatan komputer, termasuk Phil Zimmermann, pencipta protokol penyulitan data PGP (Pretty Good Privacy)
Blackphone dikuasakan oleh sistem operasi Android yang berorientasikan keselamatan yang dinamakan PrivatOS.. Ia pembawa dan bebas vendor, dan membolehkan pengguna untuk membuat dan menerima panggilan telefon dan perbualan video yang kalis intipan, pertukaran teks yang selamat dan juga pemindahan dan menyimpan fail yang menggunakan tahap penyulitan yang tinggi.
Spesifikasi lengkap peranti ini tidak didedahkan lagi, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Silent Circle Mike Janke mendakwa ianya adalah sebuah telefon pintar prestasi tinggi.
Sungguhpun begitu keutamaan utama Blackphone bukanlah spefikasinya, tugas utama peranti ini ialah untuk melindungi privasi pengguna dakwa Zimmerman;
“Blackphone menawarkan pengguna dengan segala yang mereka perlukan untuk memastikan privasi dan kawalan komunikasi mereka, bersama-sama dengan semua ciri-ciri lain telefon pintar prestasi tinggi yang diharapkan,” tambah Zimmermann lagi.
Kedua-dua syarikat di belakang projek ini ternyata satu kombinasi yang menarik dan tepat. Silent Circle adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di AS memberi tumpuan kepada penyulitan; manakala Geeksphone adalah sebuah syarikat Sepanyol yang bertanggungjawab membangunkan peranti telefon pintar Firefox OS.
Blackphone akan diumumkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) di Barcelona pada Februari 24.
SUMBER
No comments:
Post a Comment