Powered By Blogger

Thursday, January 30, 2014

Tutup Lampu Boleh Redakan Kemarahan Isteri!



Terkantoi balik lambat kerana jumpa wanita lain di belakang isteri lalu menyebabkan isteri anda mengamuk macam Pontianak? Jangan bimbang, tutup lampu sahaja.

Eh apa kaitan tutup lampu rumah dengan elakkan kemarahan isteri? 

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Toronto dan Northwestern University, lampu terang gemilang menyebabkan orang lebih marah, bertindak agresif dan perkataan yang digunakan pasti berbunyi lebih beremosi.

Kajian turut mendapati bahawa lampu yang terang dikatakan mempengaruhi emosi manusia kerana dikaitkan dengan haba.

Kesimpulannya, pencahayaan akan mempengaruhi sebarang emosi samada positif atau negative dengan membuatkan emosi tersebut lebih ketara. Misalnya mereka yang memang gembira akan rasa lebih gembira pada hari terang benderang manakala mereka yang sentiasa berduka akan rasa lebih sedih biarpun hari terang.

Jadi apabila anda menaikkan kemarahan isteri tersayang, cepat-cepat tutup lampu. Mana tahu beliau akan kurang sedikit marah.


SUMBER

WOW : 6 Tablet Dengan Bateri Paling Tahan Lama




Antara beberapa ciri yang sering kita lihat dan pertimbangan sebelum membeli peranti tablet, ialah pemilihan saiz skrin, cip pemproses, kapasiti memori, dan juga ketahanan baterinya.
Kesemua ciri diatas begitu penting untuk pembeli ketahui sebelum membuat pembelian. Cuma diantara kebanyakan ciri-ciri tersebut, bateri memang menjadi salah satu komponen yang paling penting untuk urusan peranti mudah alih yang perlu diutamakan berbanding cirinya yang lain.
Kenapa bateri sangat penting? Apakah ciri lain seperti saiz skrin, kapasiti memori, prosesor atau ciri-ciri lain tidak penting?
Kita tidak menafikan kepentingan ciri-ciri yang disebutkan diatas. Tetapi kesemua komponen tersebut mustahil untuk berfungsi sekiranya bateri tidak berfungsi  atau tidak tahan lama.
beberapa  senarai tablet dibawah, yang mempunyai  bateri paling tahan di dunia boleh anda jadikan sebagai panduan  sebelum membuat belian.

1. Lenovo Yoga 8


Bateri tablet yang paling tahan didunia ialah bateri Lenovo Yoga 8. Dimana baterinya mampu bertahan sehingga 14.2 jam dan dikhabarkan belum ada mana-mana syarikat pengeluar tablet yang mampu bersaing dengan kekuatan serta ketahanan baterinya  keluarannya sehingga kehari ini.


2. iPad Air


Di tempat kedua,  tablet khas milik Apple, iaitu iPad Air. Bateri iPad Air mampu bertahan  selama 13.2 jam.

3. Lenovo Yoga Tablet 10


Lenovo lagi.. Kali ini keluarga giliran Lenovo Yoga Tablet 10 yang tersenarai di tempat ke tiga dengan ketahanan baterinya sehingga 12.4 jam .

4. Microsoft Surface 2


Sementara itu , ditangga ke-empat ianya disandang oleh Microsoft Surface 2 dengan ketahanan bateri  selama 11.6 jam.

5. Nexus 7


Nexus 7 berada di kedudukan kelima dengan baterinya boleh bertahan selama 11.5 jam.

6. Samsung Galaxy Tab 3 8inci


Tangga keenam dihuni oleh Galaxy tab 3 8inci hasil keluran Syarikat Korea Selatan dengan ketahanan baterinya sehingga 10 jam.

SUMBER

Tuesday, January 28, 2014

GILER - Bil Hospital Di US

Gila kentang. Kalau mcm ni bil hospital.. Kerja berpuluh tahun, dapat EPF meloncat-loncat. Terbayang nak naik bmw, merc lepas pencen.. Tup tap kena darah tinggi, kencing manis, kencing malam, kencing tak lawas.. Dah kena tahan wad.. Sekali datang bil.. termenung hujung katil.. Masuk semula hospital... Terkezut punya pasal...

















# Untunglah Menjadi Rakyat Malaysia


SUMBER

AJL 28 : Hafiz Akui Imbau Kisah Cinta Lalu Dalam Bahagiamu Deritaku


Penyanyi, Hafiz Suip akui lagu yang dipersembahkannya dalam Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) iaitu Bahagiamu Deritaku merupakan lagu yang dekat dengan pengalaman cintanya yang lalu.

Justeru, ianya memudahkan Hafiz untuk menghayati lagu ciptaan Ly dan Baiduri itu di AJL28 sekali gus mengangkat lagu itu sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
"Pengalaman cinta lalu kebetulan telah membuatkan saya terlalu dekat dengan lagu ini.
"Saya sengaja gunakan pengalaman cinta lalu ke dalam lagu ini supaya saya dapat menghayati sepenuhnya lagu ini pada malam pertandingan.
"Biasaya begitu, untuk menghayati sesebuah lagi lebih baik jika kita dapat gunakan pengalaman lalu ketika menyanyikannya," katanya kepada murai.com.my selepas AJL28, malam tadi.
Selain Juara Lagu 28, Hafiz juga telah turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik selepas menerima undian SMS paling banyak pada malam tersebut.
Bercerita mengenai persembahannya malam tadi, menurut Hafiz disebabkan terlalu menghayati lagu tersebut dia telah mengalirkan air mata di akhir persembahan.
"Sebenarnya untuk menghayati lagu ini, saya telah pun mengambil pendekatan bersendirian dan mendiamkan diri sebelum membuat persembahan. Ramai penyanyi yang pelik juga melihat sikap saya.
"Disebabkan terlalu sedih, saya sendiri telah mengalirkan air mata dalam persembahan malam ini" luahnya lagi semalam.
Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).
Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

MURAI

VTech InnoTab 3 Baby: Tablet Khas Untuk Bayi


Smartwatch atau jam tangan pintar bukan hanya dipakai pada orang dewasa sahaja, tetapi juga anak-anak kecil yang lain. Di Pameran Antarabangsa CES 2014 yang lalu, VTech telah memperkenalkan tablet yang direka khusus untuk bayi yang diberi nama VTech InnoTab 3 Baby. Tablet InnoTab 3 Baby untuk bayi? Apa tidak terlalu muda untuk menggunakan peranti seperti tablet? Jawabnya tidak, menurut VTech.
Tablet InnoTab 3 Baby keluaran VTech ini bukanlah produk baru kerana ianya telah pun dilancarkan sejak tahun 2012 lagi dan kini direka agar sesuai dan dapat digunakan oleh bayi. Reka bentuk tablet InnoTab 3 Baby ini hanya untuk digunakan oleh bayi yang berusia 12 bulan ke atas sahaja.
Secara umum, rekaan tablet InnoTab 3 Baby keluaran VTech ini agak menarik dengan campuran warna biru dan putih, serta butang2 kecilnya yang berwarna kuning. Tetapi, kekurangan yang ada pada tablet InnoTab 3 Baby ini yang mana tidak dilengkapi perlindungan yang cukup teliti. Seperti mana yang kita tahu, peranti yang akan digunakan oleh bayi atau pun anak kecil mestilah mempunyai keupayaan dalam memberi impak atau berdaya tahan.

Seorang jurucakap VTECH berkata, “daripada memberikan iPhone untuk bayi atau anak kecil bermain, ianya juga dapat menjimatkan bajet anda”.
Di samping reka bentuknya yang menarik, tablet VTech InnoTab 3 Baby didatangkan dengan pen stylus yang mana untuk kegunaan bayi itu untuk bermain dan belajar menulis. Tablet InnoTab 3 Baby ini juga dilengkapi dengan 12 lagu-lagu dan pembesar suara yang cukup kuat. Bukan itu sahaja, tablet InnoTab 3 Baby yang khusus untuk bayi ini juga dilengkapi dengan kamera yang boleh diputar sehingga 180 darjah yang mana memerlukan permohonan untuk menggunakannya.
Harga yang ditawarkan untuk tablet InnoTab 3 Baby ini adalah £ 79,99 (RM443.14)

SUMBER

WOW : Rozita Che Wan & Zain Saidin “Honeymoon” Kali Kedua Di Bali


Seronoknya pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Masih di dalam fasa bulan madu dan mengenali diri masing-masing, mereka berdua telah terbang ke Bali, Indonesia untuk “honeymoon” kedua dengan ditemani oleh rakan-rakan rapat.
Di harap “honeymoon” kali kedua ini akan membawa berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga di dalam hidup Che Ta dan Zain Saidin. Bercakap mengenai kehamilan, Che Ta nyata teruja. Kata Che Ta kepada portal GUA:-
Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata.

Insya Allah, pasti ada rezeki buat Zain dan Che Ta suatu hari nanti. Berusahalah sebaik mungkin. Jangan lupa berdoa kepadaNya. pasti para peminat pun akan gembira sekiranya Che Ta berbadan dua dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Zain Saidin dan Che Ta di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya. 





















SUMBER

Monday, January 27, 2014

OMG : Ber’SMS’ Sambil Berjalan Terbukti Membahayakan Keselamatan Diri


Melakukan pekerjaan yang banyak dalam satu masa menuntut seseorang itu untuk mengerjakan beberapa hal sekaligus dan ini akan berlakunya pro dan kontra.
Melihat fenomena ini, sebuah pasukan dari School of Health and Rehabilitation di University of Queensland, Australia telah melakukan kajian mengenai gelagat dan sikap orang-orang yang ber’SMS‘ atau berbual-bual sambil berjalan.
Kajian ini yang mana akan memberi tumpuan pada seluruh tubuh manusia yang bertajuk “Texting and Walking: Strategies for Postural Control and Implications for Safety”. Dengan kajian ini ianya berjaya membuktikan secara ilmiah bahawa ber’SMS’ sambil berjalan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain .
Laman web dari Digital Trends, para penyelidik menyatakan bahawa ber’SMS’ sambil berjalan akan melambatkan kelajuan berjalan dan memeriksa e-mel pula akan membuat seseorang itu tidak dapat berjalan lurus kerana kehilangan fokus mereka sewaktu berjalan kaki.
Perbezaan kedudukan tubuh seperti sudut lengan dan kepala yang berubah-ubah sewaktu seseorang itu menaip dengan telefon bimbit juga meningkatkan risiko bertembung dengan orang lain serta terjadinya kemalangan dan akan mendatangkan kesan langsung terhadap keselamatan para pejalan kaki dan juga pengguna kenderaan di sekitar mereka.

WAU : Khabar Baik Bagi Anda Pengguna Android


Kini Adobe telah mengumumkan bahawa aplikasi Photoshop telah hadir di platform Android dengan nama Photoshop Express for Android, seperti yang dipetik dari laman sesawang Adobe pada 24 januari lepas.
Dikhabarkan sehingga setakat ini, aplikasi ini telah meraih sebuah predikat sebagai aplikasi yang paling popular.
Aplikasi ini direka khusus untuk peranti Android dengan beberapa kelebihan, di antaranya adalah dapat mengolah foto dari kad memori anda dengan  lebih cepat daripada sebelumnya dan berjalan dengan sangat lancar bagi anda yang sudah update ke Android 4.4 KitKat.
Walau bagaimanapun, ia belum diketahui secara pasti apakah aplikasi ini juga akan menyokong untuk Android di bawah 4.4 KitKat atau sebaliknya.
Beberapa ciri popular yang terdapat di aplikasi tersebut antaranya, penapis, cropping, red eye reduction, dan auto-correct juga turut disertakan  ke Android ini.
Yang paling menariknya, Photoshop Express untuk Android tersedia di Google Play secara percuma.
Jadi, anda sebagai pengguna Android,  apa tunggu lagi muat turun sekarang juga!

SUMBER

Aplikasi Papan Kekunci Popular Android Bakal Ke Ios



Aplikasi papan kekunci popular Android Swiftkey, bakal dihadirkan ke iOs dalam bentuk aplikasi catatan nota.
Ini adalah kerana terdapat sebuah imej yang tertiris di Twitter khamis minggu lepas menunjukkan sebuah aplikasi terbaru Swftkey Note dengan paparan papan kekunci yang popular itu.
Walaubagaimanapun masih belum jelas bila aplikasi ini akan dilancarkan dan berapa harga yang akan dikenakan untuk memuat turun. Apa yang jelas, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dari Swiftkey.
Swiftkey pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna Android dengan harga $3.99.
SUMBER

APA ??? : Hindari Guna Telefon Pintar Selepas Jam 9 Malam


Hasil penyelidikan terbaru yang dijalankan oleh seorang Sarjana Perniagaan, Russell Johnson dari Michigan State University ke atas 82 cabang pengurusan syarikat, serta melakukan kajian keatas 161 responden atau pekerja  dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti kerani, akauntan dan kedoktoran di Amerika Syarikat mendapati bahawa, penggunaan telefon pintar selepas jam 9 malam, terutamanya bagi tujuan kerja, boleh menyebabkan pengguna lesu dan kekurangan tenaga pada keesokan harinya.
Hal ini berlaku kerana, telefon pintar menyebabkan mental dan fizikal pengguna  sentiasa terjaga hingga lewat malam, sehingga menyukarkan pengguna untuk melepaskan diri dari pekerjaannya, menyebabkan pengguna sukar untuk melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Tambahnya lagi, “Telefon pintar direka hampir sempurna untuk menganggu tidur anda” kata penyelidik dari Michigan State University itu, sepertimana yang dilaporkan oleh Telegraph di laman sesawangnya pada 23 januari lepas.
Selain itu, antara dapatan lain hasil daripada penyelidikan tersebut, penyelidik juga mendapati bahawa penggunaan telefon pintar memberi kesan negatif yang besar berbanding penggunaan peranti elektronik lain seperti menonton televisyen dan menggunakan komputer riba atau tablet PC.
Ini kerana, telefon pintar itu sendiri dikhabarkan mengeluarkan bahan “blue light” yang diketahui umum bahawa ia boleh menghalang melatonin, iaitu sejenis bahan kimia dalam badan yang menyalurkan rasa mengantuk pada tubuh manusia.
Oleh kerana itu, jauhilah diri anda daripada menggunakan telefon pintar selepas jam 9 malam, agar anda boleh tidur lena dan kembali segar pada keesokan harinya.

SUMBER