Powered By Blogger

Thursday, December 26, 2013

Isteri Pelakon Popular Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung



Aaron Aziz dan Isteri Tersayang Diyana Halik


Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. 


Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-

Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

VIDEO KIAMAT

Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-

Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia
 
Selain itu, pada 24 Disember 2013, Aaron Aziz turut memuat naik gambar isterinya bertudung di dalam laman sosial Facebook. Gambar tersebut mendapat komen-komen yang positif dan mendoakan supaya Diyana Halik mengekalkan imej sebegitu.



SUMBER

No comments:

Post a Comment