Powered By Blogger

Thursday, December 26, 2013

Isteri Pelakon Popular Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung



Aaron Aziz dan Isteri Tersayang Diyana Halik


Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. 


Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-

Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

VIDEO KIAMAT

Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-

Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia
 
Selain itu, pada 24 Disember 2013, Aaron Aziz turut memuat naik gambar isterinya bertudung di dalam laman sosial Facebook. Gambar tersebut mendapat komen-komen yang positif dan mendoakan supaya Diyana Halik mengekalkan imej sebegitu.



SUMBER

Wednesday, December 25, 2013

RM49 JUTA REBAT TOUCH 'N GO TIDAK DITUNTUT



2 hari lepas, satu artikel dan kaji selidik oleh SinarHarian yang mengatakan sebanyak RM49 Juta Touch N Go tidak dituntut oleh pengguna, dan tidak ramai yang tahu mengenainya. Menurut mereka lagi, ada 100,000 pengguna yang pernah membuat tuntutan tetapi hanya 70,000 yang membuat tuntutan secara konsisten. Kiraan itu berdasarkan rebat 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung. Tawaran itu sebenarnya sudah ada sejak 1 September 2009 lagi!


Mengapa ramai yang TIDAK tahu?

mungkin punca besarnya ialah kurangnya promosi iklan, tidak disiarkan di mana-mana media secara berterusan. Malangnya, rebat ini hanya sah selama 6 bulan, jika tidak, ianya akan hilang begitu sahaja. Rugi kalau tidak ambil!

Bagaimana rebat DIKIRA ??



Setelah melayari website  Privilege Touch ‘N Go,, maklumat terpenting yang perlu kita ketahui ialah bagaimana rebat ini dikira, dan berapa banyak yang kita boleh terima. Sila lihat gambar rajah untuk pemahaman lanjut. 20% rebat diberikan kepada pengguna jika pengguna membuat 80 transaksi di tol serata Semenanjung Malaysia dalam satu bulan, dan jumlah rebat diberikan berdasarkan jumlah keseluruhan penggunaan Touch N Go. Ini berita baik kepada para pengguna tol tegar seluruh negara. Ingat ya, perkiraan di sini, jumlah transaksi adalah lebih penting daripada jumlah penggunaan.



Bagaimana untuk memeriksa jika anda ADA rebat atau tidak?

Terdapat 2 cara untuk memeriksa jumlah rebat anda, iaitu dengan memeriksanya di mana-mana stesen minyak yang ada kaunter Touch ‘N Go, ataupun hanya daftarkan kad Touch ‘N Go anda di laman web ini. Pendaftaran kad hanya akan memakan masa 5 minit. Anda hanya memerlukan No Siri Kad Touch ‘N Go anda, dan No Kad Pengenalan. Selepas mendaftar, paparan utama setelah login dapat memberitahu anda berapa jumlah rebat yang belum ditebus dan berapa rebat yang sudah ditebus. Mudah sahaja bukan?



Bagaimana untuk TEBUS rebat ini?
Mudah sahaja. Setelah mengetahui baki rebat yang boleh anda terima (melalui laman web di atas atau kaunter TnG), anda hanya perlu menghulurkan kad Touch ‘N Go anda kepada jurukaunter mana-mana stensen minyak yang terdapat kaunter Touch N Go. Katakan anda mahu tebus rebat, dan jumlah itu akan terus dikreditkan ke kad anda! Hari ini cuti, apa tunggu lagi? Mari terjah kaunter Touch ‘N Go! Beratus ringgit jugak tu~


SUMBER

Keluarga Diutamakan : Lana Nordin, Johan As’ari Putus Cinta





Selepas beberapa isu timbul tentang restu keluarga & penerimaan mereka terhadap hubungan cinta pasangan ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir kerana masalah tersebut.

Menerusi Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”

Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.

Lana Nordin Beri Peluang Johan As’ari Buktikan Janji & Kata Manis

Lana Nordin dalam laporan sama berkata yang beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.


“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” ujarnya reda dengan ketentuan ini.


SUMBER

BOXING DAY : BPL MATCH


<<< YANG MANAKAH PASUKAN ANDA >>>

# WAKTU TERSEBUT ADALAH WAKTU MALAYSIA 

SEBARKAN PENIPU INI HINGGA DITANGKAP....




salam admin..tlg sebarkan...dh 3 org kena tipu nie...xtaw la klo sebelom ni ad alagi kna tipu....total lost rm 6450...

Salam...Nie penipuan RUMAH SEWA KUANTAN...Admin nie menipu dgn srh org bayar deposit dlu..Admin @rumah sewa kuantan nie sudah tipu 3 orang...Tak pasti kalau sebelom nie dia dah tipu banyak orang lagi...Nama samaran dia Amin.Dia juga ada bagi nom ic palsu...Tapi seorang mangsa sempat mintak ic dia dan tangkap gambar.....Nama dalam ic dia Farid..Nom hp dia sudah tak digunakan lagi...Walaupun dia sedang diburu polis tapi fanpage dia still aktif untuk menipu mangsa seterusnya..

Modus operandi dia :

-Kononnya ada rumah sewa yg murah2...
-customer bayar booking...
-Lepas tu dia bgi alasan untuk xnak jumpa..
-Last2 senyap mcm tu sja...

Dia kini sedang diburu polis...sudah ada 2 laporan polis terhadap penipuan nie..

ADMIN PLEASE TAKE NOTE & JOM SEBARKAN !!



SUMBER

YEAH - TIPS MENDAPATKAN LIKE THIS INSTAGRAM


Adakah anda low self esteem dan perlukan like dari media sosial bagi memenuhi kekosongan jiwa anda? Ikuti tips di bawah untuk memubuatkan anda rasa less loserly!






SUMBER

WOW : Rupa Pelakon Filem Hobbit - Watak 'The Dwarves' Sebelum VS Selepas Make-Up (13 Gambar)

Yang dah tengok Filem Hobbit yang pertama dan kedua pasti akan tahu pasal kumpulan orang kerdil ini : The Dwarves. Make-Up watak-watak ini cukup mantap sehingga mereka kelihatan betul-betul seperti yang dikehendaki oleh Peter Jackson. Jadi mari lihat rupa mereka di bawah:















SUMBER

MANTAP : Koleksi Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Yang Masih Tersimpan Dalam Rumahnya (10 Gambar)


Selepas pemergian Paul Walker yang mengejutkan satu dunia, koleksi kereta mewah hak milik Paul Walker telah tersebar luas. Kereta mewah ini masih tersimpan di rumahnya. 













SUMBER

Tuesday, December 24, 2013

PERINGATAN : MEMBAWA KENDERAAN KETIKA HUJAN



1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja. 

2. Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

5. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.



# INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

FUYOOO : Adakah ini Rupa iPhone 6




SPECS
  •  > Larger screen: 
  •    Multiple sizes in 4.7-5.7" range rumored
  • > Curved display
  • > Faster and more efficient A8 chip







p/s : Macam Samsung jerr... harap2 takde saman menyaman.. ;)
SOURCE

Monday, December 23, 2013

GEMPAR : Nenek berusia 101 tahun hidup kembali dalam Keranda


Orang yang datang berkabung hampir pengsan kerana terkejut, ketika wanita yang berusia 101 tahun duduk dan bercakap di dalam keranda. Tidak hanya kaum keluarga yang terkejut atas peristiwa tersebut, tapi juga Peng Xiuhua. Janda tua itu merasa terkejut mengapa begitu ramai orang berkumpul di rumahnya di Lianjiang, Wilayah Guangdong, China.

Peng yang tinggal sendirian, telah berbaring lama di tempat tidur. Ia kelihatan tidak berdaya dengan keadaannya. Ketika10 hari kemudian, kedua-dua anak perempuannya yang telah berusia 70 tahun, merasa ibunya telah meninggal. Sebab, mereka sudah tidak merasakan degupan jantung dan tubuh ibunya juga sudah kaku.




Keesokan harinya, keluarga Peng berkumpul untuk menghadiri perarakan pengebumian perempuan berusia 101 tahun itu. Sebelum meletakkan ke keranda, Peng dimandikan oleh kedua putrinya, selanjutnya diberikan pakaian. Ketika jenazah hendak dimasukkan dalam keranda, Peng kembali sedar dan hidup kembali.

Atas kejadian ini, Peng mengakui jika dia adalah wanita yang beruntung. "Di sini, saya tidak hanya melihat betapa banyak orang yang peduli padaku, tapi juga saya bangun sebelum mereka membaya ke krematorium," jelasnya seperti yang dilaporkan.
SUMBER

Arsenal v Chelsea, Emirates Stadium


Two of the in-form teams in the Barclays Premier League this season go head-to-head on Monday - who are you 
tipping to win ..???

www.facebook.com/premierleague




FAKTA : 10 Sifat Aneh Ketika Lelaki Jatuh Cinta

  1. 1) Dia akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  1. 2) Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang paling kuat bercakap .
  1. 3) Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya .
  1. 4) Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap .
  1. 5) Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .
  1. 6) Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering curiga .
  1. 7) Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya .
  1. 8) Dia mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  1. 9) Dan ada kalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayan lebih daripada orang lain .
  1. 10) Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.